Saturday, October 24, 2009

DIMANAKAH KEWAJARAN PENILAIAN PRESTASI SSM OLEH MAJIKAN

DIMANAKAH KEWAJARAN PENILAIAN PRESTASI SSM OLEH MAJIKAN

SALAM SEJAHTERA.

Saya terpanggil lagi untuk berbicara berkaitan Penilaian Prestasi Tahunan oleh majikan.

Di mana kewajaran penilaian ini kepada kakitangan. Ada di kalangan majikan yang menjadikan Kuasa Penilai sebagai senjata membalas dendam, mengena dan sebagainya.

Terdapat penilai yang “memilih bulu”, sekalipun prestasi tidak memberangsangkan, tetapi pandai bermuka-muka, sudah pasti mendapat markah yang baik. Malangnya di kalangan kakitangan lain, jawatan tambahan dan tugas-tugas khas dibebani, tetapi tidak mengikut telunjuk atau lebih tepat “Tidak Seperti Lembu Yang Dicucuk Hidungnya” pasti dianggap penentang serta dianaktirikan.

Tidak mustahil peristiwa guru menyaman pengetua seperti di Kuantan baru-baru ini berlaku. Tahniah kepada guru berkenaan yang berani mengambil tindakan sedemikian walau salah disisi tatalaku kakitangan awam dan keberangkalian dikenakan Tindakan Tatatertib, tetapi inilah dinamakan Pengorbanan dan Perjuangan Hak. Biar dunia buka mata dan moga tiada lagi kes majikan yang berkuku besi sebagini.

Berapa ramai majikan yang telus dalam membuat penilaian ini.

Berapa ramai majikan iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) serta Pegawai Penilai Kedua (PPK) yang memberi markah setelah berbincang dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD) seperti kaedah sebenar. Memang PPP dan PPK mempunyai hak dan kuasa penentuan markah, tetapi jangan lupa PYD juga mempunyai hak mengetahui markah mereka yang akan diberi setelah berbincang dengan PPP.

Saya tidak heran jika markah saya rendah. Tetapi kenapa pegawai yang tidak begitu berkomitment terhadap tugas boleh mengatasi markah saya serta layak pula mendapat APC.

No comments: