Saturday, October 10, 2009

AWAS ! JANGAN JADI DAYUS

Siapa Lelaki Dayus ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.

Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.

Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS

suami tiada kuasa?Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

17 Julai 2007

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

Last update: 17-07-2007 20:43

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (22) RSS feed comment
Posted by shadahamid, on 30-07-2009 17:59, IP 60.54.36.248, Guest
1. dayus
saya ingin b'tnya apakah hukumnya jika seorang suami berkata kepada isterinya bahawa dia adalah seorang dayus kerana punya isteri sedangkan isterinya tidak pernah melakukan apa2 perkara yg diharam agama malah cukup setia kepadanya.

UZAR : isteri ada peruntukan nusyuz dalam islam
» Reply to this comment...

Posted by meen, on 30-07-2009 12:31, IP 58.185.14.162, Guest
2. isteri boleh dayus?
Apa pandangan Islam jika rakan perempuan suami suka bercerita dgn suami samada di telefon atau di pejabat? Adakah isteri boleh dihukum dayus?

Bolehkan seorang isteri jual beli dgn lelaki menerusi internet?
» Reply to this comment...

Posted by mee.., on 10-06-2009 17:02, IP 202.184.124.13, Guest
3. musykil
:)
assalamualikum ustaz,
di sini saya ada kemusykilan tentang bapa yang daus.
ermm..
klu anak llki tgglkn solat n jarang ke masjid dengan diketahui oleh bapanya.
Adakah bapanya di anggap dayus..
Na'uzubillah..

UZAR : dayus mempunyai takrifan yang khusus sebagai yang saya terangkan di dalam artikel. kes bapa sebegitu bukan tergolong dalam dayus tetapi TIDAK BERTANGGJAWAB
» Reply to this comment...

Posted by tasha, on 13-03-2009 15:36, IP 203.82.91.34, Guest
4. puan
a'kum ustaz,
saya seorang mualaf dah 13 tahun berumah tangga mempunyai anak seorang (laki 11 thn) bersama suami dan seorang anak tiri (ppuan 17thn).
stlah 10 thn bersama saya telah berlaku curang pada suami setelah mengetahui khabar yg suami mempunyai hubungan dengan sepupunya. niat cuma untuk membalas dendam terhadap suami dan tanpa memikirkan akibatnya saya terlanjur. slps perkara tsbut, kta rujuk ke pej agma utk kaunsling. ustazah mesyorkan bhw istri wajib berpish tp suami x sanggp sehingga skrg..sy tidak mendpt didikan agama yg sempurna semenjak bernikah dgn suami. saya amat berharap semoga ustaz dapat memberi panduan dan nasihat pd saya apa yg hrus sy lakukan..
» Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 12-01-2009 05:02, IP 86.16.236.231, Guest
5. Persoalan

Ustaz,
Lupa nak dimaklumkan. Isteri saya memang mengaku terlanjur. Apakah pandangan Ustaz?

UZAR : Jika demikian, keputusan memang ditangan sdr sama ada untuk menceraikannya atau tidak. Cuma, jika isteri telah benar-benar bertaubat serta tidak lagi punyai hubungan dgn lelaki tersebt atau laki2 lain, sdr boleh memaafkannya jika mampu.

Jika kehidupan sdr sentiasa dibayangi dosa isteri itu, dan tiada akan aman lagi rumahtangga, bolehlah diceraikan isteri yang curang.

» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Guest, on 17-11-2008 10:04, IP 202.75.4.189, Guest
6. zaid
salam UZAR, minta izin untuk copy dan papar di laman blog saya.
» Reply to this comment...

Posted by k.Yah KB, on 13-11-2008 19:48, IP 194.80.178.1, Guest
7. ...
Salam
TK kerana brkongsi ilmu. Tp harap ustaz tekan jg kelemahan2/kesilapan anak lelaki.. seperti x ilmu agama, x solat di masjid, dll sbb ust byk tekan suami dayus jika anak ppuan x tutup aurat dll... anak lelaki bgaimana? sdgkan anak lelaki yg bakal jd KETUA Keluarga
TK
» Reply to this comment...

Posted by ana, on 07-10-2008 00:51, IP 194.80.178.1, Guest
8. ...
ustaz, sy ingin bertanya memandgkn sy baca dimana2 shj, bnyak aduan isteri bhw suaminya berzina.

apakah status isteri jika suaminya berzina? dalam ajaran islam, apakah yg langkah yg terbaik sepatutnya dilakukan seorg isteri yg suaminya berzina?

harap ustaz dpt jwb persoalan saya.

UZAR : Jika suami tu sudah taubat, isteri masih boleh kekal. JIka suami mash berterusan demikian, isteri boleh tuntut fasakh.

Jika berlaku di luar pengetahuan isteri..suami shj yang tanggung dosa dan hubungan suami isteri tiada masalah.

Jika suami zina dengan anak kandung, mas atu maslaah besar timbul..rujuk artikel 'hukuman sumbang mahram di web ini'
» Reply to this comment...

Posted by SWEETIE, on 01-08-2008 00:58, IP 194.80.178.1, Guest
9. ...
USTAZ, SAYA TELAH BERCERAI DENGAN SUAMI ATAS KEMAHUAN SENDIRI KERANA BEKAS SUAMI MASIH BERZINA DGN TUNANGNYA (SKRG ISTERI)WALAUPUN SAYA TELAH MEMBERI IZIN POLIGAMI PADA KETIKA ITU. BEKAS SUAMI PERNAH BERKATA DIA DAYUS KALAU TIDAK MENCERAIKAN SAYA SEDANGKAN SAYA YANG MINTA DICERAIKAN. DAN DIA TIDAK MAHU RUJUK SEMULA KERANA TAKUT DIGELAR DAYUS. BENAR ATAU TIDAK SUAMI JADI DAYUS KALAU TIDAK MENCERAIKAN ISTERI YANG BERIA2 MINTA CERAI ATAS SEBAB SUAMI YANG BERZINA (ISTERI DAH TAK SANGGUP BERDEPAN DGN KERENAH SUAMI)?
» Reply to this comment...

Posted by NUR SYAZWANI, on 01-07-2008 16:46, IP 60.52.100.28, Guest
10. ...
SAYA AMAT SUKA MEMBACA KANDUNGAN MENGENAI LELAKI DAYUS. HARAP DPT MENGELUARKAN LAGI SEGALA PENDAPAT DAN NASIHAT TENTANG HUKUM HAKAM DALAM AGAMA ISLAM.... CHAYOKKK... :)
» Reply to this comment...

Posted by reissa, on 30-06-2008 10:32, IP 60.52.98.54, Guest
11. ...
Assalamualaikum...
Saya search 'erti lelaki dayus' di google dan terjumpa halaman ini. Terimakasih ustaz kerana memberi pengetahuan tentang lelaki dayus.

Saya ada sedikit persoalan. Adakah dayus seorang bapa yang melebihkan isteri baru dan anak2 tirinya sedangkan anak perempuannya diabaikan? Tidak ambil tahu dimana anak itu tinggal, ke mana anak itu pergi. jaya tapi belum bernikah.
» Reply to this comment...

Posted by hafidzal, on 26-06-2008 07:23, IP 60.52.102.138, Guest
12. ...
Assalamulaaikum wbt ,ustaz.Saya tertarik dengan tajuk ni.Saya ada soalan ustaz.Dalam petikan ustazdi atas ustazada mengatakan berkenaan dengan ringan-rimgan sebelum kahwin?saya kurang faham maksudnya.Adakah maksud ustaz bercinta sebelum kahwin(cthnya telefon chatting,tapi takdelah sampai berduaan atau berpegangan tangan)?atau terlanjur sebelum kahwin?....
» Reply to this comment...

Posted by miss celaru., on 14-04-2008 11:31, IP 211.25.51.14, Guest
13. ...
adik saya sudah terlanjur bersama bekas teman lelakinya.ini membuatkan saya kecewa sebagai seorang kakak .baru2 nie dia telah berjumpa kekasih lama dan bersetuju untuk bernikah.sedangkan bekas teman lelakinya sanggup menerima dia, atas sebab cinta dan ingin bertanggungjawab.adakah patut saya menolong bekas teman lelakinya atau membiarkan dia memilih kekasih lama.adik saya macam tak takut dengan dosa yg telah dia lakukakn.
» Reply to this comment...

Posted by sakura, on 11-04-2008 23:01, IP 124.13.137.81, Guest
14. ...
Saya mempunyai kawan baik dan dia sudah bertunang. kawan saya sudah beberapa kali terlanjur dengan tunangnya. Sebagai kawan saya cuba menghalang dia dari keluar dengan tunangnya, takut berlaku lagi penzinaan tersebut.Tapikawan saya menuduh saya cemburu dan mahu merampas tunangnya. Saya rasa terkilan padahal niat saya baik. Saya hanya menasihati supaya dia bertaubat. Tapi dia tetap keras hati dan akan melangsungkan perkahwinan pada 10 Mei 2008 ini.

Kawan saya pakai tudung, tapi selalu juga dia tidak bertudung apabila keluar dengan tunangnya.Adik tunang kawan saya pakai tudung juga,tapi bila dia keluar dengan kawan lelakinya,dia buka tudung. Abangnya tidak ambil tahu hal ini. Adakah tunang kawan saya ini dayus?

Adakah anak-anak dan cucu cicit mereka akan mewarisi perbuatan mereka ini?
Adakah rumah tangga mereka akan goyah akibat perbuatan mereka ini?
» Reply to this comment...

Posted by syah, on 10-04-2008 00:17, IP 60.52.102.20, Guest
15. ...
saya tlh 5 thn berkhwin.apa awal perkhawinan ibi bapanya tidak meresui perhubugan kamimalah sampai satu tahap dia memaksa kami utk berpisah. tetapi dengan kesabaran saya akhirnya semua masaalah selesai...tetapi kini dia pula buat masaalah...dia tidak bekerja..saya naik bosan lalu saya menjalinkan hubungan dengan kekasih lama.kami pernah telanjur..rahsia ini saya simpan tetapi saya dibayangi rasa bersalah terhadapnya...apa yang patut saya buat..
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ayumi, on 06-03-2008 19:22, IP 60.52.99.228, Guest
16. ...
suami saya curang dengan saya dan berzina...walaupun usia perkahwinan kami tak sampai setahun...saya bersabar kerana kini saya mengandung 8 bulan...alasannya itu kekasih lama dan dia berhajat nak kawin dengannya kerana mereka dah terlanjur sejak dulu...tapi saya tak nak berkongsi kasih sebab saya memang kenal sangat suami saya tu...untuk pengetahuan anda saya seorang isteri yang tak pernah meninggalkan tanggung jawab saya...macm mana saya nak buat...saya betul2 tertekan...
» Reply to this comment...

Posted by Pening, on 21-02-2008 17:27, IP 211.25.51.1, Guest
17. ...
Aslmkm Ustaz,
Terima kasih kerana menjawab soalan saya dahulu, saya masih ada beberapa soalan untuk penjelasan dari Ustaz, minta maaf jika ini menyusahkan.
Bagaimana kalau isteri itu hanya berchatting, tanpa menunjukkan aurat, tidak mengabaikan kewajipan dia sebagai ibu dan isteri?
Adakah wajar seorang suami itu bersangka baik dalam hal berchatting ini?

Terima kasih kerana mengambil berat

UZAR : TIDAK BOLEH SANGKA BAIK DALAM HAL CHATTING SECARA UMUM, JIKA NAK CHATTING BIAR ANDA ADA DI SEBELAH. WANITA SENANG DITIPU DAN DIPERMAIN PERASAANNYA OLEH ORANG CHATTING DI SEBELAH SANA, JAGALAH ISTERI ANDA..BIARLAH DIA CHATTING DENGAN ANDA SAHAJA.

ATAU CUBA ANDA SELIDIK APA YANG ISTERI ANDA RELA CHAT,. ANDA BERPUAR2 JADI TEMAN CHATTING DIA DENGAN NAMA LAIN..TENGOK SEJAUH MANA KEKUATAN ISTERI ANDA.. TAPI JGN BAGI DIA TAHU..MELENTING KERANA DIUJI
» Reply to this comment...

Posted by Pening, on 20-02-2008 16:49, IP 211.25.51.1, Guest
18. ...
Aslmkm Ustaz,
Saya mahu tahu, adakah seorang lelaki itu dayus, jika dia membiarkan isteri dia berchatting dengan lelaki lain melalui internet seperti YM, SKYPE atau yang lain-lain, sehingga berjam-jam.
Bagaimana pula kes nya jika berlaku sehingga bertukar-tukar gambar?
Bagaimana pula kes nya sehingga banyak tugas-tugas rumah itu terabai kerana lebih mengutamakan dunia "chatting" dia itu?
:grin

UZAR : YE DAYUS TU
» Reply to this comment...

Posted by enigmind, on 16-12-2007 18:34, IP 60.52.99.136, Guest
19. ...
assalamualaikum ustaz. nak tanye ape pulak hukumnya jika anak lelaki sulung yang mempunyai ramai adik perempuan tidak mempedulikan keadaan adik-adiknya sedangkan bapa mereka telah meninggal dunia.

Adakah menjadi kewajipan atau tanggungjawab bagi si abang untuk mendidik, memberikan kasih sayang, bertanya khabar dan menasihati adiknya. Adakah si abang dikira sebagai dayus jika membiarkan sahaja adiknya dan langsung tidak mengambil tahu.
» Reply to this comment...

Posted by isteri curang, on 02-12-2007 11:01, IP 60.52.98.27, Guest
20. ...
saya seorang isteri yang telah berlaku curang terhadap suami saya.. saya tahu walauapapun alasan yang saya berikan, saya amat berdosa kepada suami...

sepanjang 5 tahun perkahwinan, suami tak henti2 melukakan hati dan perasaan saya sehinggakan saya sudah tidak punya perasaan terhadapnya. cinta dan kasih sayang telah hilang bersama kelukaan yang telah diberikan.

selama ini, saya terlalu menyayangi suami sehingga suami curang dan berzina pun saya maafkan. namun suami tetap mengulangi kecurangan dengan perempuan lain, hingga kali keempat saya dah tak rasa ape2 bila tahu tentang kecurangan suami...

Saya semakin berjauh hati, dan ketika inilah saya mula curang kepada suami...

hingga kini suami masih susah utk berubah... dia tidak lagi curang, tapi menyeksa hati dan perasaan saya dengan cara yang lain pula... saya pernah meminta dilepaskan, namun dia tidak mahu melepaskan saya.

Saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan... saya bertahan kerana anak2... walau hakikatnya, saya dah takmampu utk bersama dia....

KOMEN UZAR : INNALILLAHI WA INNA ILAYHI RAJIUN

ELOKLAH ANDA BERDUA BERPISAH JIKA BEGINI, LAWAN CURANG DENGAN CURANG HANYA JALAN MUDAH UNTUK KE NERAKA TIDAK LEBIH DARI ITU.
» Reply to this comment...

Posted by lingga, on 28-09-2007 11:48, IP 58.139.249.66, Guest
21. ...
semoga tidak hanya disadari para suami juga para istri, dan mendukung disosialisasikannya sikap ini, agar semakin santunlah para wanita.
» Reply to this comment...

Posted by sarr, on 06-09-2007 10:01, IP 58.139.249.66, Guest
22. ...
Saya juga pernah terdengar lelaki yang bergantung harap pada isteri, contohnya isteri berpendapatan lebih baik dari lelaki dan lelaki yang mengharapkan duit isteri untuk hidup juga dikategorikan sebagai lelaki dayus, benarkah?

Satu lagi, saya juga pernah terdengar yang lelaki yang suka memukul isteri tanpa sebab juga dikategorikan sebagai dayus, benarkah?

No comments: