Monday, July 20, 2009

BAGAIMANA MENGHARGAI PASANGAN

Terdahulu, MAAFKAN HAMBA kiranya pandangan yang diutarakan tidak menepati pendapat diantara pembaca blog ini.

Kekadang di dalam kehidupan ini, pasti ada cobaan, rintangan, dugaan serta pelbagai keadaan yang mampu mengganggugugat keutuhan rumahtangga kita.

namun, sedarilah... semua itu adalah didatangkan kepadakita untuk menguji sejauhmana kemampuan kita untuk menghadapinya serta bagaimana kaedah serta jalan yang kita pilih untuk mengatasinya.

Diakui, kekadang.... dugaan itu tidak mampu untuk kita hadapi dengan sempurna. Kerna kita adalah manusia dan Insan Biasa. Namun, sebagai manusia yang dianugerahi akal dan fikiran, maka gunakanlah ia dengan penuh kematangan disusuli dengan kewarasan yang jitu.

Setiap individu pasti mempunya cara yang tersendiri untuk menanggani permasalahan tersebut.
Kiranya kita tidak menggunakan keawasan akal dan fikiran, sudah pastinya JALAN SINGKAT YANG DIPILIH. Sebaliknya.... jika akal dan kewarasan yang digunapakai, pastinya.... JALAN LURUS DAN SEMPURNA YANG DI PILIH.

SEDARILah wahai pembaca, PERPISAHAN (Perceraian) bukanlah satu jalan penyelesaian yang mutlak. Perpisahan belum menjamin penyelesaian jika ia dilakukan tanpa renungan / pemikiran yang mendalam. Perpisahan adalah jalan akhir yang terpaksa dilalui sekiranya jalan lain tidak mampu diturap walau dengan apa jua ramuan dan resepinya.

Jika kita mendalami Ilmu Munakahat, Allah s.w.t. sendiri menegaskan bahawa perkara yang harus tetapi amat dibenci olehnya adalah PERCERAIAN.

Sesuatu ikatan perkahwinan itu dibina bukanlah untuk dirobohkan. Sekiranya hadir jua perkara yang menggegarkan ikatan rumah tangga, beberapa perkara perlulah dilakukan agar ikatan suci itu mampu dipertahankan dan dimurnikan dengan kebahagiaan kembali seperti dahulu.

Di antara perkara yang harus dilakukan oleh kedua-dua pihak adalah..... (padangan ini diperturunkan tidak mengikut keutamaan)
1) Mencari apa jua kekuatan serta kelebihan yang ada pada pasangan kita.
2) Cuba tutupi kelemahan pasangan sepenuhnya.
3) Berbincang secara waras.
4) Elakkan penglibatan Ahli Keluarga yang secara langsung mengambil bahagian secara aktif. Namun penglibatan ahli keluarga secara waras dan adil amatlah diharapkan.
5) Jangan sesekali mengugut untuk MENCERAIKAN jika anda suami, dan MEMINTA CERAI jika anda isteri. (Lebih baik ikut kata pujangga : Sayangkan anak, tangan-tangankan, sayangkan isteri madu-madukanlah)
6)
Jangan dikesali jika apa perubahan yang mulia yang telah anda lakukan untuk menyelamatkan ikatan tidak berhasil atau tidak dihargai oleh pasangan. Teruskan perubahan itu jika perubahan itu lebih menjurus kepada tuntutan Allah dan rasul. Moga Allah yang memberikan ganjarannya sekalipun tiada ganjaran atau penghargaan dari pasangan anda sendiri.
7) Elakkan tindakan melarikan diri dari rumah, kerna ketika itu kita masih lagi SUAMI / ISTERI yang masih terikat dengan peranan dan tanggungjawab yang sedia ada.
8) Renung wajah setiap anak-anak kita dengan penuh kasih sayang dan kesyukuran. Moga dari wajah mereka akan terpancar satu sinar kebahagiaan.

>>>>>>> ikuti pandangan dari mata lahirku di coretan akan datang. Namun janganlah menganggap coretan ini suatu yang terbaik kerna hamba bukanlah cendiakawan dan pemikir yang tinggi ilmunya, namun ia amat bermakna kerna ianya lahir dari pengalaman yang tidak semua insan menghadapinya.>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>21072009@00:38am



No comments: