









Tersebutlah
kisah di Sayung yang terkenal itu dengan nama seorang tokoh terbilang yang
bernama Badang.
Badang
seorang hamba yang bekerja dengan seorang tuan tanah yang kaya raya. Badang
seorang pekerja yang rajin. Sejak matahari terbit hingga matahari terbenam,
Badang menjalankan tugasnya dengan rajin. Badang melakukan berbagai-bagai tugas
yang disuruh oleh tuannya.
Pada suatu hari, Badang telah diperintahkan oleh
tuannya menerangkan sebuah kawasan hutan yang agak luas. Hutan itu hendak
diterokanya untuk dijadikan huma. Oleh itu, setiap hari, Badang sudah bertolak
dan melakukan tugasnya dengan segera. Dia sehari suntuk menebang, membelah dan
menebas pokok-pokok atau semak samun. Petang hari, dia akan pulang ke rumah
tuannya untuk berehat.
Pada suatu
petang, Badang pulang ke rumah lebih awal daripada biasa sebab kerja-kerjanya
untuk hari itu sudah dia selesaikan. Dia berhasrat memasang lukahnya di
sebatang anak sungai yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Dia berharap
dapat menangkap seekor dua ikan untuk dia buat lauk pada hari esoknya.
Keesokan
harinya, Badang singgah di sungai untuk melihat hasil tangkapannya. Alangkah
kecewa hatinya apabila diangkat lukahnya dari dalam air sungai itu. Dia
mendapati lukanya itu kosong. Tidak ada seekor ikan pun yang dapat ditangkap.
Namun demikian, Badang mendapati ada tulang-tulang dan sisik ikan bertumpukan
di tebing sungai dekat tempat dia menahan lukanya itu.
“Aku
percaya, tentu ini semua tulang dan sisik ikan yang terkena dalam lukah aku
ini!” bisik Badang sendirian. “Tapi, siapakah yang memakannya pula?” tanya
Badang penuh kehairanan sambil matanya meliar memandang ke sekeliling kawasan
tempat dia berdiri itu.
Sesudah
memeriksa lukahnya itu, Badang memasang lukahnya semula. Dia mengangkat kakinya
menuju ke tempat kerjanya di hutan itu.
Pada hari
esoknya, Badang singgah sekali lagi di sungai itu. Tetapi, sekali lagi, dia
mendapati hal yang sama berlaku. Lukahnya kosong tetapi tulang-tulang dan sisik
ikan berselerakan di tebing sungai tempat dia menahan luhahnya.
“Ada
binatang yang mencuri lalu memakan ikan-ikan di dalam lukah aku ini! Akan aku
intip gerak-gerinya. Aku akan ajar dia cukup-cukup!” tukasnya dalam hati.
Keesokan
harinya ketika langit mulai terang, Badang telah sampai ke kawasan sungai itu
sekali lagi. Dia menyusup masuk ke dalam semak dan bergerak dengan
berhati-hati. Setibanya di sebalik sebatang pokok yang tidak jauh dari lukanya,
Badang berhenti. Di balik pokok sebatang itulah badang akan mengintai untuk
melihat siapakah yang memakan ikan-ikan yang masuk ke dalam lukahnya.
Sekian lama
dia menunggu, namun tidak ada apa-apa yang berlaku. Badang terus menanti dengan
penuh kesabaran. Nyamuk dan agas yang menghurungi telinga dan kepalanya tidak
dia hiraukan. Di tangannya, dia mengenggam hulu parang yang dia akan gunakan
untuk menyerang pencuri ikan-ikan lukahnya itu.
Tidak lama
kemudian itu, Badang menyedari sosok suatu lembaga aneh bergerak-gerak dan
timbul dari balik semak samun di sebarang sungai itu. Lembaga itu menuju ke
arah tempat Badang memasang lukahnya.
Pergerakan
lembaga itu Badang perhatikan dari balik pokok tempat dia bersembunyi. Badang
yakin lembaga itu seekor hantu air. Rupanya memang menggerunkan mata sesiapa
yang memandangnya. Lembaga itu berwajah hodoh, berambut dan berjanggut panjang.
Lembaga itu bermata merah yang menyala-nyala seperti bola-bola api.
Hantu air
itu mengangkat lukah yang Badang pasang. Setelah menggongancang-gancang lukah
itu, hantu itu mengambil seekor ikan yang ada di dalam lukah itu lalu
memasukkan ke dalam mulutnya. Setelah berkunyah-kunyah beberapa ketika,
tulang-tulang ikan yang dimakannya dibuang ke atas tanah tebing sungai.
Kelakuan
hantu air itu membuat Badang naik radang. Dia mengumpul segala kekuatannya lalu
meluru keluar dari tempat persembunyiannnya itu. Dengan parang terhunus di
tangannya dia melompat ke hadapan hantu air yang sedang sibuk makan itu.
Sepantas
kilat Badang mencapai janggut hantu air itu. Direntap-rentapnya janggut hantu
air itu sekuat-kuatnya. Parang yang ditangan kanannya di acung-cungkan ke arah
hantu air itu.
“Aku bunuh
engkau! Aku bunuh engkau!” tempik Badang dengan marahnya.
Melihatkan
Badang yang bersungguh-sungguh hendak membunuhnya, hantu air itu menggeletar
ketakutan.
“Tolonglah,
jangan hamba dibunuh! Jangan hamba dibunuh!” rayu hantu air itu.
“Engkau
mesti aku bunuh! Engkau curi ikan-ikan dalam lukah aku, memang patut engkau aku
bunuh!” bentak Badang.
“Tolonglah,
kasihanilah hamba! Jangan hamba dibunuh!”
Badang
menyentak-nyentak janggut hantu air itu sekali lagi.
“Kalau
engkau tidak bunuh aku, aku akan memberikan apa-apa yang engkau minta.”
“Jangan cuba
hendak menipu aku,” balas Badang. “Apakah yang boleh aku harapkan daripada
pencuri macam engaku?”
“Hamba dapat
menolong tuan hamba, percayalah! Hamba boleh memberikan apa-apa sahaja yang
tuan hamba minta. Tapi, tolonglah jangan bunuh hamba!”
Badang
berfikir sejenak. Namun begitu, tangan kirinya masih tetap memegang erat
janggut hantu air itu.
“Betulkah
engkau boleh memenuhi apa-apa kemahuan ak?”
“Betul,
beritahulah apakah yang tuan hamba mahu dan akan hamba tunaikan.”
Badang diam
seketika.
“Bolehkah
engkau jadikan aku gagah lagi perkasa?”
“Sudah tentu
boleh!” jawab hantu itu. “Tapi, lepaskanlah janggut hamba dahulu.”
Tidak! Aku
tidak akan melepaskannya selagi engkau belum penuhi permintaan aku!” tutur
Badang.
Hantu itu
terdiam.
“Akan hamba
penuhi permintaan tuan hamba itu. Tapi, ada syaratnya.”
“Apakah
syarat itu?”
“Tuan hamba
mestilah memakan muntah hamba. Selepas memakan muntah hamba itu kelas, tuan
hamba akan menjadi gagah lagi perkasa seperi permintaan tuan hamba itu.”
Kata-kata
ucapan itu membuat Badang terpinga-pinga. Dia tidak tergambarkan dirinya
memakan muntah hatu air itu. Akan begitu, kemahuannya untuk mejadi kuat membuat
dia menetapkan fikirannya dengan segera.
Setelah
bulat fikirannya, Badang pun berkata, “ Baiklah, kalau begitu engkau muntah sekarang.
Biar aku makan muntah engkau itu!”
Dia merenung
hantu itu yang mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Tapi awas,
jangan sekali-kali engkau menipu aku!”
Amaran
Badang itu didengar oleh hantu air itu sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.
Dengan
secepat kilat, hantu itu pun mematahkan pelepas daun pidang dan meletakannya di
atas tanah. Sesudah itu, hantu tersebut pun mula muntah. Badang masih tidak
melepasakn janggut hantu tersebut. Dia terus juga mengacu-acukan parangnya ke
kepala hantu itu.

Hantu itu
terus muntah tanpa henti-hentinya. Muntahnya semakin banyak jatuh di atas lapik
pelepah daun pisang itu. Badang memerhatikan hantu itu tanpa
mengerdip-ngerdipkan matanya.
Sebaik-baik sahaja hantu air itu berhenti muntah, Badang mulalah mekannya. Pada ketika itu, tangannya semakin erat memegang janggut hantu itu.
Setelah
melihat Badang selesai memakan muntahnya, hantu itu pun berkata, “Harap
lepaskanlah hamba! Hamba telah memenuhi permintaan tuan hamba itu!”
“Tidak!”
jawab Badang.
“Walaupun
aku sudah habis memakan muntah engkau, itu belum lagi bereti aku sudah menjadi
kuat dan gagah!”
“Kalau tuan
hamba tidak percaya, tuan hamba boleh menguji kekuatan baru tuan hamba itu
sekarang juga,” jawab hantu air itu.
Mendengarkan
kata-kata itu, Badang lalu menancapkan parangnya di tanah di sisinya lalu
dengan tangan kirinya, dia memegang sebatang pkok sebesar berdekatan di tebing
sungai itu.
Dengan
mudahnya pokok itu tercabut dari tanah. Apa yang menghairankan, pokok itu
terbungkas berserta dengan akar-akarnya sekali.
Badang kagum
dengan kekuatan yang baru dia peroleh itu. Kemudian, dia mencabut beberapa
batang pokok yang lainnya pula. Ternyata semua pokok itu dapat dia cabut dengan
mudah.
“Lepaskanlah
hamba!”
Badang lalu
memandang hantu air itu lalu melepaskan pegangannya pada janggut hantu itu.
“Engkau
boleh pergi sekarang! Tapi lain kali, engkau jangan mengganggu lukahku lagi!”
Hantu itu
mengundur lalu berlalu dari situ dengan segera. Dengan sekelip mata, kelibat
hantu itu sudah lesap.
Badang
memasang semula lukahnya di sungai itu. Dia lalu naik ke tebing dan bergerak ke
arah beberapa batang pokok besar yang berdekatan. Badang cuba menumbangkan
pokok-pokok itu.
Sekali dia
berjaya dan pokok-pokok besar itu tumbang dengan sekali tolak. Pokok-pokok itu
tumbang dengan akarnya terbungkas.
Badang
berasa gembira dengan keupayaannya itu. Dirempuhnya hutan belantara di sekita
sungai. Ada kalanya dia menunjal pokok-poko besar. Ada kalanya, dia menendang
pokok-pokok besar. Dicabutnya pokok-pokok kecil dengan mudah. Mana-mana pokok
yang dia capai akan habis terpelanting atau terbungkas.
“Aku sudah
gagah! Aku sudah menjadi lebih kuat!”
Suara Badang
bergema memecah keheningan kawasan hutan belantara itu. Dia terus menguji
kekuatannya sambil menerangkan kawasan hutan yang akan dijadikan huma atau
ladang oleh tuannya itu. Badang pulang segera ke kawasan hutan yang hendak
dibersihkan. Dia langsung memulakan kerja-kerjanya menerangkan kawasan hutan
itu. Dia mencabut semua pokok yang ada, yang besar atau kecil.
Dalam masa
yang singkat, kawasan hutan yang gelap itu menjadi terang-benderang dikerjakan
Badang. Rumput-rumpai dan pokok-pokok renek sahaja yang perlu dia cabut. Dia
dapat melakukan kerjanya dengan mudah dengan tenaga yang baru dia peroleh itu.
Kerjanya semakin pantas dan dalam masa yang singkat, tanah yang ditumbuhi
rumput itu mula bersih daripada sebarang tumbuhan.
Setelah
selesai menerangkan kawasan hutan itu. Badang berhenti sejenak lalu menghela
nafas lega kerana tugasnya yang sepatutnya selesai dalam berminggu-minggu itu
dapat dia lakukan dalam masa sehari. Penatnya berjaga menangkap pencuri
ikan-ikan dari dalam lukahnya tidak dia rasa.
Badang
berasa puas hati melihat kawasan tanah yang sudah terang dan siap untuk
dimulakan tanaman baru. Dengan langkah tangkas, dia pulang ke rumahnya. Di
sepanjang jalan, badang tak henti-henti mengenangkan peristiwa yang berlaku
siang tadi.

Sebaik-baik
sampai di rumah, dai dipanggil tuannya. Tuannya berasa hairan melihatkan badang
pulang awal daripada biasa dan kelihatan gembira sekali.
“Awal benar
pulangmu, Badang? Bagaimana kerja-kerja menerangkan kawasan hutan yang aku
suruh kaubuat itu?” tanya orang kaya itu.
“Orang kaya,
sudah hamba selesaikan. Dan lagi, sekarang ini semuanya sudah siap untuk
dimulakan penanaman baru.”
“Benarkah
kata-katamu itu, Badang?
“Betul,
Orang Kaya! Marilah ikut hamba ke sana. Orang Kaya boleh lihat sendiri keadaan
kawasan tanah yang sudah saya terangkan.”

Dia bagaikan
tidak mempercayai apa-apa yang di lihat di situ. Hutan tebal yang besar itu
sudah menjadi sebuah kawasan tanah lapang.
“Bagaimana
hutan yang begini luas boleh kamu terangkan dengan cepat, Badang?” tanya Orang
Kaya kehairanan.
“Hamba hanya
mencabutnya, Orang Kaya,” jelas Badang.
“Engkau yang
mencabut semua pokok ini? Aku macam tidak percaya,” kata Orang Kaya kepada
Badang yang amat dia sayangi itu.
“Betul,
Orang kaya. Dengan kedua-dua belah tangan saya ini, saya membersihkan kawasan
hutan yang luas ini menjadi terang.”
Memandangkan
Orang Kaya tercengang-cengang melihat keadaan sekeliling, Badang lalu
menceritakan semula semua peristiwa yang telah berlaku. Badang menerangkan
kisah dia menangkap hantu air yang memakan ikan-ikan dalam lukahnya dan dia
memakan muntah hantu air itu untuk menjadi kuat dan gagah.
Badang lalu
pergi ke sebatang pokok yang besar. Badang hanya menunjal pokok itu dengan jari
telunjuk tangan kanannya. Dengan sedikit tolakan, pokok yang besar itu tumbang
dan akarnya terbungkas.
Orang Kaya
tercengang-cengang melihatkan keletah Badang itu. Dia malah bertambah kagum
apabila melihat Badang dapat mengangkat pokok yang baru tumbang itu dengan
kedua-dua belah tangannya. Dengan mudah, Badang menghumbangkan pokok di
tangannya itu ke arah longgokan pokok yang tumbang.
Orang Kaya
dengan segera mendapatkan Badang lalu memuji-mujinya. Orang Kaya tidak meragui
akan kebolehkan Badang itu dan terus memuji-mujinya. Sayangnya akan Badang
semakin bertambah.
Sebelum
mereka berjalan pulang, Orang kaya telah berkata, “Sebagai balasan kerana
engkau berjaya menerangkan kawasan hutan ini dengan masa yang singkat, aku
merdekakan engkau mulai saat ini. Dengan itu, engkau bukan lagi hambaku.”
Badang
terharu mendengar ucapan Orang Kaya. Dia segera mengucapkan terima kasih dan
melahirkan perasaan hatinya yang gembira itu dengan keputusan Orang Kaya itu.
Dia melutut
di hadapan Orang Kaya sambil berkata berkali-kali, “Terima kasih, Orang Kaya!”
Mulai saat
itu, Badang dibenarkan hidup sebagai seorang yang merdeka. Kisah kegagahannya
menjadi buah mulut para penduduk di situ.

Kerajinan
Badang itu mendapat ganjaran yang setimpal. Rezekinya bertambah hasil daripada
pertolongan yang dia hulurkan kepada orang ramai. Badang dapat menampung
keperluan hidupnya dengan upah pemberian orang setelah dia melakukan
kerja-kerja yang berat untuk mereka.
Nama Badang
menjadi terbilang dan berita kegagahannya itu sampai pada pengetahuan Raja
Temasik, Seri Rana Wira Kerma. Baginda amat tertarik hati mendengar akan
khabara mengenai kegagahan Badang.
Baginda lalu menitahkan supaya Badang datang
ke istana menghadap baginda. Baginda amat tertarik dengan perilaku dan
kegagahan badang. Baginda lalu menalntik Badang menjadi salah seorang
hulubalang di istana baginda.
Tersebutlah
kisah, raja bertitah kepada bendahara pada suatu hari.
“Beta amat
teringin makan ulam pucuk kuras. Tahukan datuk di mana ada pokok itu supaya
dapat kita ambil pucuknya?”

Sembah
bendahara membuat raja diam buat beberapa ketika. Setelah itu, baginda pun
bertitah,
“Apa
pendapat datuk kalau kita titahkan Badang pergi mengambil pucuk kuras itu? Beta
percaya Badang yang gagah perkasa itu berani memanjat pokok kuras yang tinggi
itu!”
“Harap
diampun, tuanku. Patik berstuju dengan titah tuanku itu. Kalau begitu,
izinkanlah patik menyampaikan titah tuanku kepada pacal Badang itu supaya
segera dia melaksanakannya. Moga-moga, dia akan dapat bertolak esok hari juga
untuk mengambil pucuk pokok kuras yang Tuanku hajatkan itu,” bendahara
mengangkat sembah lalu bermohon diri.
Badang pun
diperintahkan menjalankan titah raja. Keesokan harinya, Badang sudah berangkat
menuju ke Kuala Sayung. Badang mendayung perahu sepanjang kira-kira lapan depa
itu menuju ke sana.
Sebaik-baik
dia tiba di Kuala Sayung itu, Badang memandang di kawasan sekelilingnya. Tidak
lama kemudian, dia ternampak sebatang pokok kuras. Pokok itu amat tinggi dan
puncaknya menyapu awan.
Dengan
segera, Badang lalu memanjat pokok kuras itu. Sewaktu dia sampai di sebatang
dahan yang agak tinggi, dahan itu patah apabila kakinya memijaknya. Dengan
tidak dia sangka-sangka, tubuh Badang jatuh ke bawah. Sesampai di bumi,
kepalanya terhempas di atas bongkah batu yang besar di bawah pokok tersebut.

Anehnya,
kepala Badang tidak cedera tetapi bongkah batu besar itu terbelah dua. Badang
bingkas sambil meraba-raba kepalanya. Menyedari kepalanya tidak cedera, Badang
segera memandang ke arah batu besar itu. Dia tersenyum kehairanan apabila
mendapati batu itu terbelah dua namun kepalanya yang terhentak di atas batu itu
tidak cedera sedikit pun.
Badang
segera memanjat pokok itu sekali lagi dan kali ini dia berjaya mengambil pucuk
beserta buahnya sekali.
Setelah
mengambil buah dan pucuk pokok kuras itu, Badang segera bergerak pulang. Raja
sangat gembira apabila Badang mempersembahkan pucuk kuras itu. Baginda
memuji-muji Badang dan mengurniakan sepasang persalinan kepadanya.
Pada suatu
waktu, Seri Rana Wira Kerma menitahkan para tukang membina sebuah perahu besar
dan setelah siap pembinaanya, baginda memitahkan agar perahu itu dilancarkan ke
laut. Pada mulanya, seramai empat puluh empat orang cuba melancarkan perahu itu
ke laut. Usaha mereka tidak berjaya. Ramai orang dikerahkan untuk menolong.
Namun begitu, perahu itu masih tidak berganjak daripada kedudukannya.
Raja yang
memperhatikan peristiwa itu hanya menggeleng-gelengkan kepala baginda. Apabila
baginda melihat orang-orangnya gagal melancarkan perahu itu ke air, baginda
menitahkan Badang datang menghadap. Perintah raja itu segera dilaksanakan.
Tidak lama kemudian, Badang pun tiba. Sesudah mengatur sembah, Badang pun
berjalan mendapatkan perahu itu.
Sebaik-baik
sahaja dia rapat dengan perahu itu, Badang segera mengangkat perahu itu. Orang
ramai yang melihat kelakuan Badang itu bersorak-sorai memberi semangat kepada
Badang. Raja, pembesar memuji-muji kegagahan badang itu.
Sebagai
menghargai kegagahan Badang itu, raja melantiknya menjadi hulubalang diraja.
Semenjak hari itu, bertambah-tambahlagi kasih baginda akan Badang yang gagah
perkasa itu.
Kisah mengenai kegagahan Badang tersebar dari mulut ke mulut. Akhirnya, berita itu sampai ke pengetahuan Raja Benua Keling. Kebetulan Raja Benua Keling mempunyai seorang pahlawan yang gagah lagi perkasa. Nadi Bijaya Pikrama nama pahlawan gagah Benua Keling itu. Kehandalan Nadi Bijaya Pikrama itu termasyhur di negerinya dan tidak dapat oleh sesiapa pun di seluruh Benua Keling.
Kisah mengenai kegagahan Badang tersebar dari mulut ke mulut. Akhirnya, berita itu sampai ke pengetahuan Raja Benua Keling. Kebetulan Raja Benua Keling mempunyai seorang pahlawan yang gagah lagi perkasa. Nadi Bijaya Pikrama nama pahlawan gagah Benua Keling itu. Kehandalan Nadi Bijaya Pikrama itu termasyhur di negerinya dan tidak dapat oleh sesiapa pun di seluruh Benua Keling.
Mendengar
akan perkhabaran tentang kegagahan Badang membuat Raja Benua Keling hendak
menghantar Nadi Bijaya Pikrama ke Singapura. Baginda hendak nadi Bijaya Pikrama
beradu kekuatan dengan Badang. Oleh yang demikian, baginda menitahkan Nadi
Bijaya Pikrama menghadap baginda.
“Pergilah ke
Singapura dan di sana nanti, kamu hendaklah beradu kekuatan menentang seorang
hulubalang yang gagah di negeri itu. Bawa bersama-samamu tujuh buah kapal. Jika
kamu menang, mintalah daripada Raja Singapura tujuh buah kapal,” titah raja
itu.
“Menjunjung
titah, tuanku,” sembah Nadi Bijaya Pikrama.
Setelah
semua persiapan dibuat, Nadi Bijaya Pikrama pun belayar dengan diiringi oleh
tujuh buah kapal. Rombongan itu disertai beberapa orang pembesar diraja dan beratus-ratus
orang anak kapal.
Setibanya di
Singapura, Nadi Bijaya Pikrama pun menghadap Raja Seri Rana Wira Kerma lalu
menyatakan hajat dan tujuan kedatangannya ke Singapura. Setelah mendengar
penjelasan Nadi Bijaya Pikrama itu, Raja Seri Rana Wira Kerma segera menitahkan
Badang suoaya masuk menghadap baginda. Badang segera masuk menghadap baginda.
Baginda menitahkan perlawanan gusti antara Badang dan Nadi Bijaya Pikrama
segera diadakan. Perlawanan beradu kekuatan itu diadakan di balairung seri di
hadapan raja, para pembesar dan juga rombongan yang mengiringi Nadi Bijaya
Pikrama.
Sewaktu
perlawanan itu berlangsung, suasana di balairung seri menjadi hingar-biingar
dengan sorak-sorai orang-orang yang menyaksikannya. Baginda Raja Seri Rana Wira
Kerma turut teruja untuk memberikan semangat kepada Badang. Pertandingan beradu
kekuatan itu tidak berjalan dengan sekejap masa sahaja. Badang berjaya
mengalahkan Nadi Bijaya Pikrama.
Kejayaan
Badang itu disambut dengan gembira oleh orang-orang Singapura. Baginda RajaSeri
Rana Wira Kerma dan pembesar-pembesarnya turut berasa gembira dengan kejayaan
Badang itu. Akan tetapi, Nadi Bijaya Pikrama pula berasa tidak puas hati dengan
kekalahannya itu. Dia langsung mengangkat sembah dan memohon agar diadakan
sebuah lagi pertandingan lain bagi menentukan jaguh yang lebih gagah antara dia
dan Badang.
Raja Seri
Rana Wira Kerma mempekenankan permintaan pahlawan dari Benua Keling itu. Nadi
Bijaya Pikrama lalu berkata kepada Badang, “Di hadapan istana ini kita lihat
ada sebongkah batu yang sangat besar. Marilah kita beradu kekuatan dengan
mengangkat batu itu. Sesiapa yang tidak berjaya mengangkatnya dianggap kalah.”
“Hamba
bersetuju,” balas Badang.

Kedua-dua orang pahlawan itu lalu keluar ke halaman istana dengan disertai raja dan semua yang ada di balairung seri itu. Badang meminta Nadi Bijaya Pikrama mengangkat bongkah batu itu telebih dahulu sebaik-baik mereka tiba di luar istana.
Nadi Bijaya
Pikrama lalu melangkah ke arah bongkah batu besar itu. Dengan penuh
kesungguhannya, Nadi Bijaya Pikrama cuba mengangkat batu tersebut.
Selepas
dicubanya beberapa kali, akhirnya dia berjaya mengangkat batu itu . batu itu
hanya dapat dia angkat ke paras lututnya sahaja. Dia lalu menurunkan batu itu
setelah dia mendapati dia tidak dapat mengangkat batu itu lebih lama lagi.
“Saya sudah
berjaya mengangkat batu ini. Sekarang, giliran kamu pula mengangkatnya.”
Badang hanya
tersenyum lalu menghampiri batu itu. Badang dapat mengangkat batu itu dengan
kedua-dua belah tangannya tanpa mengalami sebarang masalah.
Nadi Bijaya
Pikrama tidak mempercayai apa-apa yang dia lihat. Pada sangkaannya, Badang
tidak akan terdaya mengangkat batu itu dengan mudah seperti dirinya.
Setelah itu,
Nadi Bijaya Pikrama terpegun apabila melihat Badang melontarkan batu itu ke
arah kuala Sungai Singapura. Batu itu jatuh di kuala suungai itu lalu membentuk
sebuah tanjung. Tempat itu kini dikenali sebagai Tanjung Singapura.
Nadi Bijaya
Pikrama yang terpegun itu melopong melihat semua yang sedang berlaku.
Pembesar-pembesar negerinya juga tepegun meyaksikan kejadian itu. Raja dan
orang-orang Singapura bersorak-sorai tanda kegembiraan atas kejayaan Badang
yang menakjubkan itu.
Menyedari
betapa gagahnya Badang daripadanya, Nadi Bijaya Pikrama berasa amat malu. Dia
mengakui kekalahannya. Dia lalu menyerahkan ketujuh-tujuh buah kapal yang
dibawanya kepada Raja Singapura.
Setelah itu,
dia dan rombongan dari negeri di benua Keling berangkat pulang dengan kecewa.
Berita
kejayaan Badang menewaskan Nadi Bijaya Pikrama tersebar luas ke negeri-negeri
yang berdekatan. Tidak lama selepas itu, berita tentang kegagahan Badang
masyhur sampai kepada pengetahuan Raja Perlak. Pada masa itu, di Perlak ada
seoarng pahlawan bernama Benderang. Benderang ialah pahlawan diraja yang amat
dikasihi oleh Raja Perlak.
Sewaktu
berita tentang kejayaan Badang mengalahkan Nadi Bijaya Pikrama disampaikan
kepada Raja Perlak, Benderang turut berada di istana dan sedang menghadap
rajanya. Sebaik-baik sahaja mendapat khabar itu, Benderang berasa cemburu
keranan orang yang menyampaikan berita itu asyik sekali meuji-muji tentang
kehebatan Badang mengalahkan Nadi Bijaya Pikrama.
Benderang
lalu mengatur sembah seraya berkata, “Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah
patik harap diampun. Pada fikiran patik, hulubalang Raja Singapura itu tidaklah
sehebat mana pun dan patik percaya dia tidak akan dapat menandingi kekuatan
patik sendiri. Oleh itu, jika ada izin tuanku, patik mohon izin pergi ke
Singapura. Biar patik buktikan kepada tuanku yang patik jauh lebih gagah daripada
hamba Raja Singapura itu.”
Mendengarkan
sembah Benderang itu, Raja Perlak terdiam buat seketika. Baginda lalu bertitah,
“Baiklah, Benderang. Beta perkenankan permintaan kamu itu. Beta akan titahkan
Datuk Mangkubumi Tun Perpatih Pandak untuk membuat kelengkapan bagi tujuan
pemergian kamu ke Singapura itu kelak.”
“Menjunjung
kasih, Tuanku,” sembah Benderang.
Tun Perpatih
Pandak masuk menghadap lalu berdatang sembah.
“Beta mahu
Datuk mengiringi Benderang ke Singapura untuk beradu kekuatan dengan Badang,
hulubalang Singapura yang masyhur beritanya itu. Buatlah segala kelengkapan
bagi rombongan datu dan Benderang untuk berangkat ke sana,” titah Raja Perlak.
“Menjunjung
titah, Tuanku!” sembah Tun Perpatih Pandak.
Setelah
segala kelengkapan siap, maka bertolaklah rombongan Perlak itu ke Singapura.
Berita mengenai kedatangan rombongan kerajaan Perlak itu sampai kepada
pengetahuan Raja Seri Rana Wira Kerma. Baginda menitahkan para pembesarnya
menyambut rombongan kerajaan Perlak itu. Maha Indera Bupala telah ditugaskan
untuk mengetuai upacara sambutan tetamu diraja dari seberang itu.
Sebaik-baik
sahaja rombongan dari kerajaan Perlak itu tiba di pelabuhan Singapura, Maha
Indera Bupala membawa gajah diraja untuk menjemput Tun Perpatih Pandak beserta
rombongannya. Dia diiringi oleh berpuluh-puluh orang pembesar dan pengawal.
Sebaik-baik
sahaja tiba di pelabuhan Singapura, Tun Perpatih Pandak lalu menyerahkan warkah
daripada baginda Raja Perlak kepada Maha Indera Bupala. Warkah itu kemudiannya
diarak ke istana untuk dipersembahkan kepada Raja Seri Rana Wira Kerma.
Rombongan
dari Perlak itu diberi layanan yang sebaik-baiknya sewaktu tiba di istana.
Warkah Raja Perlak itu dibacakan kepada Raja Seri Rana Wira Kerma. Menerusi
warkah itu, Raja Perlak menyatakan hajatnya menghantar Benderang ke Singapura.

“Jikalah
ditakdirkan Benderang kalah dalam beradu kuat dengan hulubalang kakanda, adinda
akan menghadiahkan sebuah gedung harta kepada kakanda. Sebaliknya, kalau
hulubalang kakanda itu kalah pula, kakanda hendaklah memberikan ganjaran yang
serupa kepada adinda.”
Raja Seri
Rana Wira Kerma hanya tersenyum mendengar pembacaan kandungan warkah itu.
Baginda lalu bertitah kepada tun Perpatih Pandak, “Beta amat bersetuju dengan
hajat adinda beta, Raja Perlak itu. Eloklah kita adakan pertandingan itu pada
esok hari sebab beta percaya datuk dan datuk-datuk sekalian pasti letih dan
beta usulkan agar datuk-datuk semua beristirehatlah dahulu.”
“Patik sekaliannya bermohon diri dahulu,” kata Tun Perpatih Pandak lalu mengangkat sembah sebelum beredar.
Setelah itu,
raja Seri Rana Wira Kerma menitahkan Badang datang menghadap baginda.
“Besok, kamu
beta titahkan beradu kekuatan dengan hulubalang Raja Perlak. Elok sangatlah
engaku bersiap-siap.”
Mendengarkan
akan perintah baginda itu, Badang lalu mengangkat sembah seraya berkata, “Ampun
tuanku beribu-ribu ampun. Bukanlah maskud patik mengingkari titah tuanku itu.
Pada fikiran patik, hal ini eloklah difikirkan semasak-masaknya.”
“Apakah
sebab kamu berkata demikian, wahai Badang?”
“Menurut
hemat patik, Benderang itu bukanlah calang-calang pahlawan. Namanya terkenal di
segenap pelosok kepulauan Melayu Kalau patik kalah beradu kekuatan dengan
Benderang sudah tentu Tuanku akan menanggung malu. Oleh itu, sebelum tuanku
mengisytiharkan pertandingan itu, patik mohon agar tuanku membenarkan patik
menguji kekuatannya terlebih dahulu.
Kalau patik
fikir dapat mengalahkannya, patik akan menyembahkannya kepada Tuanku. Tuanku
bolehlah mengisytiharkan pertandingan itu. Begitulah juga jika sebaliknya yang
berlaku,” sembah Badang.
“Usul kamu
itu memang molek, tapi dengan cara apakah yang kamu hendak menguji kekuatan
Benderang itu?”
“Malam
nanti, Tuanku undanglah orang-orang Perlak itu ke sebuah majlis. Dalam majlis
itu nanti, patik akan duduk di sebelah Benderang. Pada masa itulah nanti, patik
akan menguji kekuatannya,” ujar Badang seraya mengangkat sembah.
Usul Badang
itu Seri Rana Wira Kerma persetujui. Baginda mengadakan sebuah jamuan untuk
meraikan rombongan dari Perlak itu pada malam itu. Semasa jamuan sedang
berlangsung, badang duduk di sebelah Benderang.
Sewaktu para
tetamu sedang menimati juadah dan menyaksikan hiburan yang disediakan,
Benderang cuba menindih pada Badang dengan lututnya. Walaupun sekuat mana
Benderang itu, dia tidak dapat menindih paha Badang dengan lama. Badang dapat
mengangkat lutut Benderang dengan mudah sekali.
Sesudah itu,
badang pula menindih pada Benderang dengan lututnya. Benderang cuba sudaya
upayanya untuk mengangkat lutu Badang itu tetapi dia tidak berjaya. Semua
usahanya untuk mengangkat lutut Badang itu sia-sia sahaja. Lutut Badang tidak
terangkat malah tidak dapat digerakannya sedikit pun.
Kejadian itu
berlaku tanpa pengetahuan sesiapa pun dalam majlis itu kecuali Badang dan
Benderang.
Daripada
kejadian itu, Badang yakin yang dia dapat mengalahkan Benderang dengan
mudahnya.
“Badang ini
sangat kuat orangnya. Kalau aku beradu kuat dengannya sudah tentu aku akan
kalah. Ada baiknya aku tidak beradu kuat dengannya.” Benderang sudah mengambil
keputusan.
Pada malam
itu setelah mereka pulang ke tempat penginapan mereka, Benderang menceritakan
kejadian yang berlaku antara dia dengan Badang sewaktu dalam majlis itu kepada
tun Perpatih pandak.
Benderang
juga mengesyorkan agar pertandingan beradu kekuatan antara dia dengan badang
dibatalkan kerana menurutnya, dia tidak mahu memalukan Raja Perlak dengan
kekalahannya itu kelak.
Setelah
rombongan Raja Perlak itu beredar, Raja Seri Rana Wira Kerma pun bertanya, “
Apakah dapat engkau melawan Bernderang?”
“Ampun,
Tuanku,” sembah Badang, “ dengan Daulat Tuanku, dapatlah patik mengalahkannya.
Esok, tuanku adukanlah patik dengan pacal Benderang itu.”
“Baiklah,”
titah baginda lalu masuk meninggalkan majlis.
Pada
keesokan harinya, setelah bersemayam di atas takhta, Tun Perpatih Pandak datang
menghadap Raja Seri Rana Wira Kerma. Pembesar Perlak itu menyembahkan niatnya
hendak membatalkan acara mengadukan Badang dengan Benderang.
“Pada
pendapat patik, jikalah kita adukan kedua-dua hulubalang itu, akan buruk
padanya, tuanku. Takutkan nanti terjadi selisih faham antara tuanku dengan raja
patik pula,” sembah tun Perpatih Pandak.
Raja Seri
Rana Wira Kerma teersenyum mendengarkan akan sembah itu. Baginda lalu bertitah,
“Benar pula kata Datuk itu. Elok sangat kita batalkan niat mengadu kekuatan
antara Badang dan Benderang.”
Titah Raja
Seri Rana Wira Kerma itu membuat hati Tun Perpatih Pandak sangat gembira.
Benderang dengan senang hati menerima berita yang disampaikan oleh Tun Perpatih
Pandak.
Raja Seri
Rana Wira Kerma menitahkan Badang dan Benderang datang menghadap baginda.
Baginda menitahkan kedua-dua hulubalang itu merentangkan batu rantai di
perairan sekeliling Singapura supaya kapal-kapal yang lalu-lalng tidak boleh
masuk ke pelabuhan sewenang-wenangnya. Kedua-duanya menjalankan titah Raja Seri
Rana Wira Kerma dengan segera.
Setelah
beberapa hari di Singapura, robongan dari Perlak itu bersiap-siap untuk pulang
ke negeri mereka. Raja Seri Rana Wira Kerma telah menitahkan sepucuk warkah
diraja disediakan untuk Raja Perlak.
Pada hari
yang ditetapkan, rombongan dari Perlak itu berangkat pulang. Raja Perlak
menyambut rombongan itu dengan penuh istiadat. Bagida tidak sabar-sabar hendak
mengetahui akan keputusan Benderang yang beradu kuat dengan Badang itu. Setelah
mendengar penjelasan daripada Tun Perpatih Pandak dan membaca warkah diraja
utusan Raja Singapura itu, baginda faham duduk perkara yang berlaku.

Badang terus
berkhidmat kepada Raja Seri Rana Wira Kerma dengan penuh taat setianya. Tidak
berapa lama sesudah itu, Badang meninggal dunia dan dikebumikan di sebuah
tempat berana Buru. Khabar kematian badang itu sampai kepada pengetahuan Raja
Benua Keling. Baginda mengirimkan batu nisan yang khas untuk makam itu sebagai
tanda penghormatan kepada Badang yang masyhur itu.